MeSsaGe BoArD
Assalamualaikum! Moga semua sihat sejahtera,dimurahkan rezeki! Ya Allah, bantu lah kami hamba²mu ini menghadapi saat² getir meniti hari di bumimu ini..Amin

sHoUt BoX




Tuesday, May 27, 2008

JANGAN MENGELUH ...........

Ni sekadar peringatan untuk semua..Mak Ndak sendiri pun selalu mengeluh..lepas ni kena kurangkan..pikirkan lagi org yg lebih susah dr kita...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Friday, May 23, 2008

Friday, May 16, 2008

hello!!

hai semua. ni nak update skit. dah lama x posting kan.. hehehe..
hari tu amir g Karate Competition. dia dapat FIRST PLACE!! actually dia tak tau pun hari tu dah competition. pagi ahad hari tu dia bangun tgh nak ready2 gi karate class. sampai2 je,semua orang takde. mama pun call la karate teacher dia. cikgu dia habaq dat day takde class pasal hari ni ada competition. amir punya muka pun bertukaq la macam ayam berak kapur. pasal hari tu dia miss latihan. so, konon2 dia tak ready nak lawan2 la. abah cerita mula2 tu dia takut nak lawan. malu2 konon. pastu bila dah push2 dia. dia nak plak lawan. dah tu dapat no. 1 plak tu. tak sangka btol. hahaha.. tp ape2 pun CONGRATS to amir. sebab berjaya mengatasi ketakutan anda!! kui3..

ni ada la gambar dia skit. time dia g competition tu abah tak bawak camera.



okay2. pastu hari tu amir ada join contest Where's Gary kat Nickelodean. contest tu senang je. kena tengok cite Spongebob. pastu spot gary kat mana then call number yang kat tv tue. tikah le yang sibuk kena tolong dia. alhamdullilah. penah lelah kitaorang try2 nak menang. akhir2 nya dapat jugak. orang Nick tu call rumah esok pagi. pastu tikah pun kasi la details amir. lama jugak nak tunggu hadiah tu sampai kat umah. nak dekat sebulan jugak. ni pagi tadi baru sampai hadiah dia. dia dapat Spongebob game board, Spongebob towel, Spongebob notebook dan Spongebob lanyard. happy sangat dia tadi. sampai tak ingat dunia. again! nasib baik le tikah bangun awal tadi. kalau tak, tepaksa kena tunggu 2nd delivery.





eishh.. asyik2 cite pasal amir je.. hehehe.. ni tikah nak enterprem skit. hahaha.. khas buat cik pora di perlis nun. aku nak menayang skit wedges mahal aku. beli kat BATA weh.. tak sangka BATA ada kasut cun jugaks. ahaks! sedap pkai nie...




okey la. takat nie je.. nnt posting lagi.. adios amigos!

Wednesday, May 07, 2008

Tasya, Sarah & Ayu
















Charity Dinner

alo semua, hari tu atam balik perlis sempat pi dinner yg mak lang nawar organize. siap makcik mah ngan anak dia pun pi jugak. sian tgk anak2 yatim tu semua kecik2 lagi. sedih..
nabilah pulak jadi flower girl, kasi bunga kat raja perempuan perlis. glamour betul...
mak tok hepi dpt amik gambar dgn queen..si tirah siap menang cabutan bertuah lagi!! k lah, tgk la gambaq2 kat bawah ni..











Saturday, May 03, 2008

lagi gambaq lama...