assalamualaikum semua family members..
lama atam tak menulis kat blog ni. ni atam nak share sikit pasal atam punya latest development. atam ada apply scholarship dari japan government untuk sambung buat phd kat jepun. sekarang ni dah masuk final stage coz panel embassy of japan in malaysia dah nominate atam untuk dpt scholarship tu. atam tengah dok tunggu letter of acceptance from 2 universities kat sana. informally they all dah accept so sekarang atam dok tunggu surat rasmi so that atam boleh submit ke embassy before the final selection kat jepun. so lepas ni will depend on tokyo's office pulak whether or not they all nak bagi scholarship kat atam. result dia atam akan tau bulan januari 2009...kalaulah dapat, then kena pi sana by april 2009...
so atam harap sangat2 semua family members: abang, adik, kakak, sepupu and semua anak2 menakan dpt tolong doakan moga2 atam dapat scholarship ni...ameen..
*kopok kimakasih sekali..hehe..
p.s: selamat berpuasa semua..ramadhan kareem..
Friday, August 29, 2008
doakan atam...
Wednesday, August 27, 2008
Tuesday, August 26, 2008
Wednesday, August 20, 2008
Amalan Bida'ah, jgn sbb kita jahil, kita buat silap.
Ini email yg yati dpt. malas nak forward, jadi baca trus di sini je yeh.
Kita harus berkongsi, jgn smpai kita sesat.
---------- Forwarded message ----------
From: "Abu Usamah Mohd Masri Mohd Ramli" <muslimz87@yahoo.com>
To: zaharuddin@yahoogroups.com
Date: Thu, 23 Aug 2007 14:47:08 -0000
Subject: [zaharuddin] Jauhi bid'ah Nisfu Sya'ban
Assalamualikum WBT. Bulan sya'ban dah nak sampai pertengahannya.
Apa ada dengan pertengahan sya'ban? Apa ada dengan nisfu sya'ban?
"Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)
Akan tetapi hadith di atas tidak mengajar apa-apa amalan khusus di malam atau siang Nisfu Sya'ban! Dari mana asalnya? Siapa pula nabi yang mendapat wahyu yang mengajar kita tentang ibadah-ibadah yang tak di ajar oleh Nabi Muhammad SAW penutup segala rasul ini.
Ulas Dr. Yusuf al-Qaradawi:
"Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi' tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka."(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Sudahlah mennyebarkan bid'ah, kita lalai, lupa sehingga menjadi tali barut penipu dan pendusta dengan menipu masyarakat menggunakan nama Rasul. Ibadah yang tak pernah di ajar Nabi SAW dikatakan di ajar oleh Rasulullah SAW.
"Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka" (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)
Ustaz Asri Zainul Abidin menyebutkan:
Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat barat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. ialah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya. Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya. Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. samada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ianya disebut sebagai al-hadith. Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadith pada hakikatnya, Cuma ianya disebut hadith berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu', atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadith palsu ialah:
"Hadith yang disandarkan kepada Nabi s.a.w secara dusta, ianya tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w." (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi `Ulum al-Hadith, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu`asarah, Beirut)
Apakah modal-modal atau hadiith-hadith palsu yang dijadikan hujah untuk menipu masyarakat ini dan secara tak langsung mengkhianati agama wahyu yang telah sempurna ini?
a) Hadis tentang kelebihan menghidupkan malam Nisfu Sya'ban
Tidak terdapat hadis sahih yang menyebut bahawa Nabi saw menghidupkan malam Nisfu Sya'ban ini dengan amalan-amalan yang khusus seperti sembahyang sunat yang khas atau doa-doa tertentu. Malah semua hadis tersebut adalah lemah dan palsu. Di antaranya ialah:
- Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: ((Apabila tiba malam Nisfu Sya'ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: "Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar))..
Hadis ini adalah maudhu', diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu'ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami' dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.
- Diriwayatkan daripada Ibn Umar ra bahawa Rasulullah saw bersabda: ((Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya'ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).
Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu'. (Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu'at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128). Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.
- Diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad daripada ayahnya berkata: ((Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Sya'ban seribu kali surah al-ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya)).
Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu'.
Kebanyakan hadis-hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih. Justeru, tidak ada amalan–amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya'ban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya. Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah saw akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.
Al-Hafiz al-Iraqi berkata: ((Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya'ban adalah maudhu', direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah saw. Hal ini juga disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu': "Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan I'syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya'ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid`ah (ditokok tambah dalam agama)). (Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida', cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).
Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata: ((Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya'ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu' seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu)).
(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida', hal. 11).
Ulamak kontemporari masa kini, Syiekh Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya:
((Tentang malam Nisfu Sya'ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya'ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah)).
Beliau menambah lagi:
((Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya)). (Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)
Para ulama muktabar lain seperti Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan akan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Syaaban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam ini tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis yang thabit yang menyebut akan fadhilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan. Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut al-Imam al- Suyuti:
((Dan pada malam Nisfu Sya'ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah)). (Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba' wa al-nahyu an al-ibtida' (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)
b) Hadis tentang kelebihan puasa yang khas pada hari Nisfu Sya'ban.
Berhubung dengan amalan puasa yang khas pada Nisfu Sya'ban, tidak terdapat hadis sahih yang menjelaskan perkara ini, malah ia adalah hadis yang lemah. Tetapi jika seseorang itu berpuasa berdasarkan amalan Nabi saw yang memperbanyakkan puasanya pada bulan ini dan termasuk di dalamnya hari Nisfu Sya'ban, maka ini adalah suatu amalan yang baik dan digalakkan. Begitu juga jika seseorang itu mengamalkan puasa sunat Hari Putih dan termasuk di dalamnya hari yang ke -15 pada bulan ini atau puasa sunat yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis. Jika puasa ini dilakukan pada Nisfu Sya'ban sahaja dengan menganggap ia adalah sunnah, maka inilah yang dilarang. Menurut Dr Yusof al-Qaradhawi:
((Di dalam kaedah syara', tidak dibolehkan untuk menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa atau sesuatu malam yang tertentu untuk dihidupkan dengan ibadah tanpa bersandarkan kepada nas syara' kerana sesungguhnya urusan ibadah ini bukanlah urusan yang sesiapa pun berhak menentukannya, tetapi ia adalah hak Allah semata-mata)).
(Rujuk Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah, 2/343)
Untuk apa kita sibuk-sibuk beramal dengan yang tidak sunnah sedangkan berapa banyak sunnah yang kita abaikan. Bahkan berapa ramai daripada kita meremehkan sunnah-sunnah ada, walaupun sudah mengetahui tentang nya. Lihatlah apa jadi dengan sunnah solat menghadap ke sutrah. Bid'ah nisfu sya'ban lebih popular dengan sunnah yang makin dilupakan ini, bahkan dipandang pelik orang yang sibuk-sibuk mencari dinding atau objek untuk dijadikan sutrah. Berapa ramai daripada kita yang mengamalkan bersiwak waktu nak solat, waktu nak baca al-Quran? Berapa ramai daripada kita bila mendengar azan akan berselawat? Berapa ramai daripada kita yang mengamalkan doa-doa dan zikir-zikir yang Nabi SAW ajar? Lihatlah, bid'ah semakin membiak dan sunnah semakin pupus.
Wassalam.
Baca lagi:
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=7
http://yapis.blogspot.com/2005/09/nisfu-syaban-hentikan-penyebaran-hadis.htmlSama2 muhasabah, nak percaya hadis palsu atau fatwa ulama'. Yati pun terkejut jugak pasal benda ni. jadi sama2 kita bersihkan diri kita dr kena tipu. Wallahualam.
Tuesday, August 19, 2008
Friday, August 15, 2008
Thursday, August 14, 2008
Wednesday, August 13, 2008
Thursday, August 07, 2008
False Alarm !!
Haiisshhh hari ni, hani ada cerita baru. pg td....nak dijadikan cerita....hani kluar rumah. mcm biasa kurung kucing masuk dlm cage, ader Dora ngan Pipi je la. pastu tiba2 auntie seblah ni bgtau la kat hani, suruh tgk2 kan kot2 ada kucing hani kat blakang tu, sbb td ada bunyi2 kucing gado kt luar tu. pastu dia kata ada dua org lelaki td pakai uniform MBSA dtg menangkap sume kucing2 kt blakang tu. kira tangkap sume stray cats la. hani pun pegi la check, sbb smokey ni penah la jugak pi gadoh2 ngan kucing blakang tu. adoii yaiiiiii.....skali tgk kt blakang tuh, dah kosong habis !! takde seko pun kucing. hani da mula panik.....
pastu panggil alia jap. kitorang pun round2 la 2 3 kali, tp tgk takde jugak. panik lagi !! (mcm Panic at the Disco). pastu, hani pun terpikir, pegi la cari pak guard sbb mesti dier tau org kluar masuk area Doritis ni. dah pegi tanya, dia pun kata mmg ada org MBSA dtg td, baru je 10-15 minit kluar td. hani pun lagi la bertambah panik !! pastu blk rumah semula, tepon mama. mama tak angkat. lpas tu mama pun call. dlm tersebak sedikit (huhuuuuuu), habaq la kt mama sume kucing kt blakang tu dah kena angkut, takut la kot smokey skali diorang kebas ke aper ke kan. pastu mama pun rushing blk dr sekolah, kitorang pun pegi la jap kt MBSA cawangan sini.
dah sampai sana, org tu kata mmg ader la yg dtg masuk ke area cni sbb nak tangkap. pastu aper2 pun diorang suruh check dkt tmpt Depoh Tunda MBSA kat Seksyen 17. haiisshh, kena detect dulu betul ke tak kucing kitorang, pastu kalau betul kena bayar saman dulu, pastu br bleyh claim blk kucing kita tu. blk rumah dulu, hani tunggu mama abis skolah, lepas blk skolah terus pegi ke Seksyen 17 tu....
cari2 jumpa gak tmpt tu....skali pegi tgk, takde la pulak !!! ader la kt situ, segala monyet2 (besar gile !!!), anjing, kucing2 (tp kucing2 yg ditangkap dr blakang rumah ni takde la pun), arnab pun ader, raccoon pun ader. haha !! siaann derang2 ni. mcm dalam zoo kecik. pastu duk pk dah....camne nih !! smokey takde !!! pastu takpe la, kot la mama kata dtg esok ke aper ke, sbb org yg tangkap2 kucing tu takde plak time tu. pegi break lunch agaknya. pastu skali dah masuk kete nak blk....ader misscall, tiba2 alia call dr rumah, kata mokey da blk !!!! FUUUUUHHHHHH !!!!!!!!! leganya tak terhingga....haiisshh, gerammm la mokey ni.
ingat kot td da kena culik laaa kan. nasib baik laaa dier ader.huhuuuu, pegi sembunyi agaknya, sbb takut ngan orang2 MBSA tu kan. hehe....itu laaa alkisah hari ni. dah la td lapar giler. lepas tu mama, hani, amir n ayu gi makan kt kedai...hehe. sib baik, kalau tak da nak kena bayar saman da utk si smokey tu kan....hehe
ok la korang, saje je nak story. sbb rasa kelakar gile !! hahahahah !!
Friday, August 01, 2008
NURHAYATI BTE MOHD AZMI
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
HAPPY BIRTHDAY TO YATIEEEEE
HAPPY BIRTHDAY TO YOU~~~
woot wooooottt!!
HAPPY 19th BIRTHDAY YATIE~!!!
















