hehehe..jom la meriahkan balik blog ney. lama btol x hapdet ! hihihi ~
Tuesday, November 02, 2010
Monday, March 29, 2010
Marilah kita sam-sama menjaga solat kita...
Ibadat membekalkan taqwa kepada diri seseorang. la adalah bekalan yang baik.
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa,
(Surah Al-Baqarah: Ayat 21)
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah-payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
(Surah Al-Baqarah: Ayat 153)
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu'.
(Surah Al-Baqarah: Ayat 45)
Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar
(Surah Al-Ankabut: Ayat 45)
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: Ayat 183)
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)
(Surah At-Taubah: Ayat 103)
(Masa untuk mengerjakan 'ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban mernintasedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikirdan memahaminya).
(Surah Al-Baqarah: Ayat 197)
Demikianlah kami mendapati 'ibadat adalah sumber bekalan utama yang berterusan dan sentiasa mengalami pembaharuan. lanya menyucikan jiwa, meninggikannya dari tarikan keduniaan, membantu mencmpuhi rintangan dan menjauhi segala pernyelewengan.
Setiap 'ibadat mengandungi bekalan dan kesan yangberbeza dengan 'ibadat yang lain terhadap tarikan keduniaan. lanya saling lengkap-melengkapi. Sepertimana ia melitupi personaliti seorang Muslim, demikian juga ia melitupi kehidupan seharian seorang Muslim. Ada di antaranya yang berulang-ulang setiap hari seperti sembahyang lima waktu ditunaikan lima kali sehari, ada yang berulang selama sebulan dalam setahun seperti puasa, ada yang ditunai mengikut kadar setahun (haul) seperti zakat, dan haji ditunaikan mengikut kemampuan.
Di sana juga terdapat 'ibadat yang sunat ditunaikan. Sesiapa yang ingin, bolehlah menunaikannya selepas ditunaikan yang amalan fardu. Ia dapat menambah bekalan, taqwa dan mendekatkan diri kepada Allah. Rasulullah Sallallahu 'alailu wasallam telah men "sunat"kan 'ibadat tertentu kerana kecintaan Baginda kepada kebaikan.
SEMBAHYANG
Kami akan cuba menjelaskan beberapa jenis bekalan di dalam 'ibadat. Semoga ia membantu dan memudahkan kita mendapatkan bekalan. Kami mulakan dengan salat. Semoga Allah memberi taufiq dan menolong kita.
Sembahyang adalah hubungan dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Pada asalnya hubungan ini adalah hembusan ruh daripada Allah untuk mengembangkan dan membangunkan kehidupan. Sembahyang mendekatkan diri dan menjinakkan diri kepada Allah. Kita melihat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Dan dijadikan penyejuk mataku di dalam salat.
Kita juga mendapati Baginda melakukan qiamullail. Baginda bersembahyang sehingga bengkak kakinya lanpa merasa sakit. Ruh yang tinggi akan mengurangkan keletilian dan kesakitan jasad.
Sembahyang adalah sumber yang dinamik untuk tenaga rohani dan bekalan. Waktu menunaikannya dibahagikan sepanjang malam dan siang agar bekalan baru ditambah secara berterusan dan bekalan yang masih ada diperbaharui.
Allah Subhanahu wa Ta'ala telah telah memudahkan kita menunaikannya sehinggalah bekalan kita tidak kehabisan dalam setiap keadaan dan waktu. Sama ada ketika damai atau peperangan, musafir atau bermuqim, dan sihat atau sakit. Ini adalah sebahagian kelebihan dan rahmat daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada kita.
Sembahyang merehatkan dan melapangkan kita dari tugasan dan bebanan kehidupan. Lantas kita berdiri di hadapan Allah dengan khusyu' dan menundukkan diri, ruku' dan sujud. Kita mendengar dan membaca kalam Allah, kita bertasbih dan membesarkan Allah, kitaberdo'a dan beristighfar kepadaNya. Seolah-olah salat itu adalah Mi'raj (naik ke langit) bagi ruh. la naik menemui Allah, jauh dari tarikan keduniaan dan tipu-daya kehidupan. Sesungguhnya sembahyang difardukan pada malam isra'dan mi'raj.
Sesiapa yang mendatangi Allah dengan hati yang suci dan mat yang ikhlas, Allah akan melimpahkan kepadanya nur, hidayat, ketenangan dan rahmat yang membantu seseorang itu untuk mengharungi kehidupan dengan tenteram, kestabilan jiwa, tidak cemas, tidak khuatir, tidak takut dan tidak menjadi lemah. la dapat mempertahankan diri daripada fitnah, kekejian, kemungkaran dan godaan syaitan. Lantas berada di dalam pemeliharaan dan pengawasan Allah. la sentiasa merasai Allah bersamanya (ma'iyyatullah) ke mana sahaja ia berjalan dan di mana sahaja ia berada. Ia mendapat ketenteraman di sisi Allah, berserah kepadaNya dalam setiap perkara, meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepadaNya dalam ketaatan, penyerahan dan iltizam yang sempurna pada setiap perintah dan larangan tanpa teragak-agak. Begitulah corak kehidupan berlandaskan 'ubudiyyah hakiki, kebahagian yang utuh, dan keredaan yang meliputi. Yang demikian itu, hanyalah untuk orang yang takut kepada Allah.
Ketika seseorang inula menunaikan salat ia telah merasakan bahawa ia sedang menghadap Tuhan dan selepas beberapa ketika selepas itu ia akan menghadapNya sekali lagi. Oleh itu, tidak selayaknya ia lalai atau melupakan Allah di antara dua waktu sembahyang. Demikianlah orang yang memelihara sembahyang pada waktunya, ia dinaungi pengaruh rabbani daripada sembahyangnya. Pengaruh itu tidak terhindar daripadanya sedikitpun, jadi syaitan tidak berjaya menguasainya dari dalam dan memesongkan dirinya dari jalan yang lurus:
Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(Surah An-Nisa': Ayat 103)
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang kita kasihi, jika tertekan dengan sesuatu perkara, Baginda menunaikan salat dengan segera. Lalu merasai kerehatan, keamanan, taufiq dan ketenteraman. Baginda sering mengatakan kepada Bilal Radillahu 'anhu.-
Marilah kita berehat dengannya (dengan salat) wahai Bilal.
Sembahyang seorang mu'min diibaratkan seperti oasis (wabah) yang menjadi tempat berteduh di tengah padang pasir, kehidupan yang bahang panasnya bukan kepalang.
Menundukkan diri dan ruku' kepada Allah di dalam salat melahirkan pengertian 'izzah kepada orang yang bersembah-yang. la tidak ruku' dan tunduk melainkan kepada Allah sambil mengagungkan dan membesarkanNya. la tidak tunduk kepada manusia dan tidak takut melainkan kepada Allah:
(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syari'at Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan merekapula tidak takut kepada sesiapapun melainkan kepada Allah.
(Surah Al-Ahzab: Ayat 39)
Setiap kali kita mengagungkan Allah dan memberi nilaian yang hakiki kepadaNya, bertambahlah perdampingan diri untuk menta'atiNya, berlindung kepadaNya dan mententeramkan diri disisiNya. Bertambahlah juga keinginan untuk melarikan diri daripada maksiat dan menyanggahi perintah Allah. Sesungguh-nya di dalam perkara yang sebegini terdapat bekalan.
Sujud kepada Allah pula adalah kedudukan yang tertinggi pada 'ubudiyyah hakiki dan penghinaan diri yang tulus kepada Allah. Padanya terdapat keakraban dan penjinakan. Inilah dia Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang menghayati hakikat dan merasai kelazatan sujud yang terdapat padanya pendekatan diri kepada Allah dan kebahagian ruh. Baginda telah me-manjangkan sujud di dalam salat tahajjud sehingga Sayyidatina 'A'isyah Ummul Mu'minin Radiyallahu 'anha menyangka nyawa Baginda telah dicabut. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah memberi peringatanberkaitan kebaikan ini dan menggalakkan kita melakukannya. Baginda telahpun bersabda, maksudnya: Seseorang hamba itu, paling dekat dengan Tuhannya ketika sujud.
Seorang yang menunaikan salat merasai pengertian yang sebegini ketika sujud. la merasa dirinya telah hampir kepada Tuhan. Ini adalah kedudukan yang paling mulia dan tertinggi di dunia ini. Kerana ketika itulah seorang hamba paling hampir dengan Tuhannya. Dengan cara inilah kebahagiaan dan bekalan diperolehi.
Duduk tasyahhud yang mengandungi pengertian dan sentuhan nalun yang tinggi, kita mendekatkan diri kepada Allah dengan kebesaran yang berkat dan kata-kata yang baik. Kita menyampaikan ucapan selamat secara Islam kepada Rasul kita yang dikasihi. Kita mengucapkan: Kesejahteraan, rahmat Allah dan keberkatanNya ke atas engkau, wahai Nabi. Kemudian kita mengucapkan kesejahteraan ke atas din kita dan hamba Allah yang salih. Seterusnya, membuat pengakuan ucapan dua kalimah syahadah. Kita juga berselawat dan mendo'akan kesejahteraan kepada Rasul yang dikasihi. Alangkah indahnya perbuatan ini, semasa menghadap Tuhan, kita lakukannya bersama Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan hamba Allah yang salih dari ummat Muhammad di sekeliling kita. Allah Subhanahu wa Ta'ala melihat kita dan menzahirkan keredaan dan penerimaanNya. Akhirnya, kita menyudahkan salat dengan cara duduk yang menarik ini untuk menghadapi kehidupan dengan jiwa yang reda dan sejahtera.
Pergerakkan salat juga memberikan faedah kesihatan kepada jasad orang yang menunaikannya.
Mematuhi cara pergerakan di dalam salat seperti yang diajar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam: Di dalam satu raka'at, satu ruku' dan dua sujud, bukanlah dua ruku' dan satu sujud. Kepatuhan ini mengandungi pengertian 'ubudiyyah yang mutlaq kepada Allah dan penyerahan diri yang mutlaq kepada perintahNya. Tidak nyata kepada kita sebarang hikmahnya. Sebab yang menyingkirkan lblis dan rahmat Allah adalah semata-mata kerana derhaka terhadap suruhan Allah agar sujud bersama malaikat kepada Nabi Adam 'Alaihissalam. Akan tetapi, lblis telah mengengkari kehendak suruhan dan hikmah Allah padanya. Demikianlah kita mempelajari pengertian yang tinggi di dalam 'ubudiyyah kepada Allah.
Membuat persediaan untuk salat dengan menyucikan badan, pakaian, tempat dan berwudu' mendidik seorang Muslim agar menjaga kebersihan, kesucian dan perasaan yang harmoni. la amat jijik dengan benda-benda kotor dan bernajis sama ada yang zahir atau batin (hissiy dan ma'nawiy). Tatkala kesucian zahir diiringi dengan kesucian hati dari segala yang dimurkai Allah - sedangkan hati adalah tumpuan pandangan Allah di dalam salat - maka tiadalah hasad - dengki, kebencian dan pertelingkahan antara sesama kaum Muslimin.
Ini adalah bekalan yang penting dan menjadi kemestian kepada setiap orang Islam umumnya, dan mereka yang berada di jalan da'wah khususnya.
Sesungguhnya syarat sah sembahyang dengan masuknya waktu dan menunaikannya di dalam waktunya, dan melatih orang yang bersembahyang agar teliti dan setia pada janji. Dan juga melatih untuk menjaga waktu agar tidak leka dengan apa-apa perkara sekalipun sehingga berlalunya waktu tanpa disedari. Waktu sembahyang menyedarkan dari kelekaan. Demikiamah tidak diizinkan kebendaan duniawi menyibukkan waktu dan fikiran, sehingga menyingkirkan ingatan kepada Allah, mendirikan salat, 'amal dan jihad di jalan Allah. Inilah sifat yang mesti dan penting kepada sesiapa yang berada di jalan da'wah dan terikat dengan kerja-kerja, janji-janji dan pertemuan-pertemuan.
Mengambil berat dengan arah qiblat dan sembahyang menghadap ke arahnya, melatih diri Muslim untuk mengetahui haluan dan kedudukan geografi bagi Ka'bah, rumah Allah yang suci. Dengan merasai bahawa setiap Muslim di seluruh pelusuk bumi menghadap ke qiblat yang satu, melahirkan rasa kesatuan dan ikalan dengan saudara selslam. Im adalah pengertian tarbiyyah yang penting. Ianya mesti direalisasikan di antara kaum Muslimin supaya mereka mampu menghadapi musuh Islam. Begitu juga, apabila seseorang itu menghadap ke qiblat mestilah hatinya juga menghadap kepada Allah dengan keikhlasan niat dan menyucikannya dari segala kepincangan yang terjadi akibat dari riya' atau syirik. Keikhlasan hala-tuju adalah di antara perkara terpenting yang mesti ada pada seorang da'i kepada Allah di jalan da'wah.
Menyahut seruan salat tatkala mendengarnya dan menghentikan segala urusan dunia seketika; pada perbuatan sebegini mengandungi mujahadah, menguatkan kemahuan dan keazaman, dan mengalahkan hawa nafsu yang tamak. Inilah bekalan dan tarbiyyah yang memberikan kesan yang praktikal di dalam kehidupan seorang da'i kepada Allah, dan penyusunan kerja mengikut keutamaan.
Menyusun dan menyamakan saf di dalam salat, mengikut dan tidak mendahului imam, dan menegur imam apabila ia terlupa atau tersilap; semuanya itu mengandungi kesan-kesan tarbiyyah di dalam diri Muslim. Semangat patuh, berdisplin dan keta'atan di samping nasihat dan teguran terhadap ke-salahan adalah suatu kemestian kepada mereka yangber'amal di medan da'wah Islami dan juga para mujahidin di jalan Allah.
Rasa kebersamaan di dalam saf yang satu ketika meng-hadap Allah, tiada beza antara kaya dan miskin, tiada rasa meninggi diri, dan tiada rasa takabbur. Semuanya sama di hadapan Allah. Bahkan, adakalanya seorang yang kaya meletakkan dahinya berhampiran kaki seorang yang fakir di saf hadapan tanpa rasa keberatan dan jijik, kerana ingin sujud kepada Allah. Inilah bidang tarbiyyah yang penting dan bekalan yang perlu untuk menjinakkan, mendekatkan dan menguatkan hubungan antara kaum Muslimin.
Perhimpunan kaum Muslimin untuk menunaikan salat di masjid pada lima waktu yang ditentukan, salat Juma'at, dan salat dua hari raya; sepatutnya memberi peluang antara kaum muslimin satu kawasan untuk berkenal-kenalan, menjalin perpaduan, bersatu, dan bantu-membantu. Maka, mereka yang memerlukan dapat dipenuhi hajat mereka. Menziarahi pesakit, saling berkongsi kegembiraan, kesedihan, belas kasihan, dan berkasih-sayang di antara satu sama lain.
Kaum Muslimin amat loba untuk salat di masjid. Menjalinkan tautan dengan masjid dan mengembalikan peranannya yang penting sepertimana yang berlaku pada peringkat pertama da'wah. Masjid Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam menjadi tempat pentadbiran urusan kaum Muslimin, penyusunan tentera, perancangan langkah-langkah, dan kajian perkara yang penting pada kaum Muslimin. Pada hari ini, kaum Muslimin sangat memerlukan kepada pengembalian peranan pertama masjid.
Demikianlah apa yang kita dapati pada keseluruhan salat, bekalan di jalan da' wah. Setiap yang bersangkutan dengannya berbekalkan bekalan yang mesti dan dhamri (mesti). Saya tidak mengatakan bahawa saya telah bentangkan semua sumber dan tunas kebaikan dan bekalan yang terhasil daripada sembahyang, kan tetapi ini adalah usaha yang terlalu kerdil Kami bermohon restu dan keikhlasan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
p/s:Petikan dari buku Jalan Dakwah by Mustafa Masyhur
Thursday, February 18, 2010
Menjaga pandangan
Satu hal yang hendaknya dicamkan benar-benar oleh setiap hamba Allah adalah bahwa Allah Azza wa Jalla itu ghafururrahiim. Dia adalah satu-satunya Zat yang mempunyai samudera ampunan dan kasih sayang yang Mahaluas. Tak ada dosa sebesar apapun yang tidak tenggelam dalam samudera ampunan dan rahmat kasih sayang-Nya, sejauh tidak menyekutukan-Nya.
Pantaslah Syaikh Ibnu Athoillah di dalam kitabnya yang terkenal, Al Hikam, menasehatkan, "Jika terlanjur berbuat dosa maka janganlah hal itu sampai menyebabkan patah hatimu untuk mendapatkan istiqamah kepada Tuhanmu. Sebab, kemungkinan yang demikian itu sebagai dosa terakhir yang telah ditaqdirkan bagimu."
Salah satunya yang membuat hati ini semakin membusuk, kotor dan keras membatu adalah tidak pandainya kita menahan pandangan. Barang siapa yang ketika di dunia ini tidak mahir menahan pandangan, gemar melihat hal-hal yang diharamkan Allah, maka jangan terlalu berharap dapat memiliki hati yang bersih. Umar bin Khattab pernah berkata, "Lebih baik aku berjalan di belakang singa daripada berjalan di belakang wanita." Orang-orang yang sengaja mengobral pandangannya terhadap hal-hal yang tidak hak bagi dirinya, tidak usah heran kalau hatinya lambat laun akan semakin keras membatu dan nikmat iman pun akan semakin hilang manisnya.
Sebenarnya bukan hanya mengumbar pandangan terhadap lawan jenisnya, melainkan juga orang yang matanya selalu melihat dunia ini. Melihat sesuatu yang tidak ia miliki : rumah orang lain yang lebih mewah, mobil orang lain yang lebih bagus, atau uang orang lain yang lebih banyak. Hatinya lebih bergejolak memikirkan hal-hal yang tidak dimilikinya daripada menikmati apa-apa yang dimilikinya..
Karenanya kunci bagi orang yang memiliki hati yang bening adalah tundukkan pandangan! Mendapati lawan jenis yang bukan muhrim, cepat-cepatlah tundukkan pandangan. Kalau melihat dunia jangan sekali-kali melihat ke atas. Akan capek kita jadinya, karena rizki yang telah menjadi hak kita tidak akan kita dapatkan. Lebih baik lihatlah ke bawah. Tengoklah orang yang lebih fakir dan lebih menderita daripada kita. Lihatlah orang yang jauh lebih sederhana hidupnya. Semakin sering melihat ke bawah, subhanallah, hati ini akan semakin dipenuhi oleh rasa syukur dibanding dengan orang yang suka menengadah ke atas.
Kalaupun kita akan melihat ke atas, tancapkan pandangan kita ke yang Mahaatas sekaligus, yakni kepada Zat Penguasa alam semesta. Allahu Akbar! Lihatlah Kemahakuasaan-Nya, Allah Mahakaya dan tidak pernah berkurang kekayaan-Nya walaupun selalu kita minta sampai akhir hayat. Orang yang hanya melihat ke atas dalam urusan dunia, hatinya akan cepat kotor dan hancur. Sebaliknya, kalau tunduk dalam melihat dunia dan tengadah dalam melihat keagungan serta kebesaran Allah, maka tidak bisa tidak kita akan menjadi orang yang memiliki hati bersih yang selamat.
Buya Hamka (alm) pernah berkata, "Mengapa manusia bersikap bodoh? Tidakkah engkau tatap langit yang biru dengan awan yang berarak seputih kapas? Atau engkau turuni ke lembah sehingga akan kau dapatkan air yang bening. Atau engkau bangun di malam hari, kau saksikan bintang gemintang bertaburan di langit biru dan rembulan yang tidak pernah bosan orang menatapnya. Atau engkau dengarkan suara jangkrik dan katak saling bersahutan. Sekiranya seseorang amat gemar memandang keindahan, amat senang mendengar keindahan, niscaya hatinya akan terbebas dari perbuatan keji. Karena sesungguhnya keji itu buruk, sedangkan yang buruk itu tidak akan pernah bersatu dengan keindahan."
Berbahagialah orang yang senang melihat kebaikan orang lain. Tatkala mendapatkan seseorang tidak baik kelakuannya, ia segera mahfum bahwa manusia itu bukanlah malaikat. Di balik segala kekurangan yang dimilikinya pasti ada kebaikannya. Perhatikanlah kebaikannya itu sehingga akan tumbuh rasa kasih sayang di hati. Mendengar seseorang selalu berbicara buruk dan menyakitkan, segera mahfum. Siapa tahu sekarang ia berbicara buruk, namun besok lusa berubah menjadi berbicara baik. Karenanya, dengan mendengarkan kata-kata yang baik-baiknya saja, niscaya akan tumbuh rasa kasih sayang di hati.
Jalaluddin Rumi pernah berkata, "Orang yang begitu senang dan nikmat melihat dan menyebut-nyebut kebaikan orang lain bagaikan hidup di sebuah taman yang indah. Ke sini anggrek, ke sana melati. Pokoknya kemana saja mata memandang yang nampak adalah bebungaan yang indah dan harum mewangi. Dimana-mana yang terlihat hanya keindahan. Sebaliknya, orang yang gemar melihat aib dan kejelekkan orang lain, pikirannya hanya diselimuti dengan aneka keburukan sementara hatinya hanya dikepung dengan prasangka-prasangka buruk. Karenanya, kemana pun matanya melihat, yang tampak adalah ular, kalajengking, duri, dan sebagainya. Dimana saja ia berada senantiasa tidak akan pernah dapat menikmati indahnya hidup ini."
Sungguh berbahagialah orang yang pandai memelihara pandangannya karena ia akan senantiasa merasakan nikmatnya kebeningan hati. Allah Azza wa Jalla adalah Zat Maha Pembolak-balik hati hamba-Nya. Sama sekali tidak sulit baginya untuk menolong siapapun yang merindukan hati yang bersih dan bening sekiranya ia berikhtiar sungguh-sungguh. Allahu’alaM.***
(Sumber : Tabloid MQ EDISI 10/TH.1/FEBRUARI 2001)
Thursday, January 28, 2010
Tahukah Anda Telah & Sedang Dibunuh? pt 1
Tahukah Anda Telah & Sedang Dibunuh? pt 1
Blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) kali ini ingin mengajak anda terus membuka mata anda seluas-luasnya. Saya lebih suka untuk men’general’kan isu ini turut kepada Non Muslim, kerana Islam bukanlah musuh anda tetapi Yahudi! Untuk kali ini, saya ingin memberi tahu kepada anda semua bahawa Gerakan Yahudi Illuminati telah pun MENGISHTIHARKAN PERANG ke atas umat Islam khususnya dan masyarakat bukan yahudi amnya (Goyim). Di Malaysia, Jordan, Singapura, Thailand, Indonesia, China, Korea dan banyak lagi telah dan sedang mereka perangi.
Mungkin anda bangun dan keluar dari rumah untuk melihat suasana persekitaran. Adakah terdapat kesan peperangan? Anda mungkin kata saya tipu. Tidak, saya tidak tipu. Anda tidak perlu keluar rumah. Cukup kesannya terdapat di dalam rumah anda. Anda perlu tahu, bahawa anda sedang diBUNUH oleh mereka. Sekali lagi anda kata saya tipu. Saya kata saya tidak suka menipu.
Tinggalkan dua perenggan di atas dan jom ikut saya terjah ke dalam bilik mandi anda dan dapur anda.
Sekali lagi anda tertanya-tanya: "Tak de pun yang rosak, tadi kata si Yahudi dah ishtihar perang”. Janganlah berfikir seperti itu wahai sahabat-sahabat sekalian. Sekali lagi saya katakan yang saya memang tidak suka menipu orang.
Sememangnya peperangan ini tidak akan merosakkan perkakasan mandi, dapur ruang tamu kesayangan anda tersebut, anda tidak perlu melihat kepada material tersebut, tapi apa yang anda perlu lihat ialah apa yang terdapat dalam tubuh badan anda sekarang. Apa yang ada?
Serius
Sahabat pembaca sekalian, anda dan saya setiap pagi memberus gigi, untuk membersihkan dari sebarang kuman, menghilangkan bau mulut dan memutihkan gigi anda. Setiap hari anda minum air yang keluar dari saluran paip yang disambungkan terus ke rumah anda. Anda juga makan setiap hari. Perasankah anda yang kita sedang dibunuh? kenapa saya katakan begitu? Jom lihat di bawah ini.
(air minuman)
(ubat gigi)
Anda selalu gunakan ia pada setiap pagi, petang dan malam. Tiga kali sehari. Anda seharusnya tahu, bahawa ini salah satu PEMBUNUH anda. “kenape pulak?”. Mari saya buktikan.
Fluorida
Satu buku yang di tulis oleh Dr. George Waldbott (M.D) bertajuk ‘Fluoridation The Great Dilemma’ menunjukkan bahawa kimia ‘inorganic’ fluorin (bukan organik) adalah satu bahan yang sangat aktif dan ganas seperti inorganik klorin dan bromine. Fluorine bertindak balas dengan sebatian yang lain bagi menghasilkan florida.
Menurut Dr. Walbott, sebab utama bagi kenaikan kadar kerosakan gigi (dental caries) ialah kerana kenaikan kadar mengkonsumsi gula dan karbohidrat. Orang Eskimo dan orang Red Indian di Amerika yang tidak banyak makan gula dan karbohidrat tidak mengalami sebarang kerosakan gigi. Kadar ini terus meningkat pada tahun 1940 dan tahun-tahun selepasnya sehingga tahun 1950 di kalangan rakyat Amerika biasa. Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Awam U.S mencadangkan supaya bahan kimia sodium fluoride dimasukkan ke dalam air paip sebagai satu tindakan untuk mencegah kerosakan gigi. Macam-macam teori dikemukan untuk menyokong kebaikan fluorida sebagai bahan yang membantu mengurangkan penyakit gigi. Tetapi Dr. Waldbott juga mengemukakan pendapat bahawa fluorida boleh menyebabkan gigi menjadi merah (mottled) yang dinamakan dental fluorosis jika kadar kandungan fluorida yang dimakan menjadi tinggi.
Kajian juga menunjukkan fluorida juga bukan merupakan satu bahan pemakanan (nutrient) malah ia adalah bahan toksik yang boleh merosakkan gigi dan fungsi-fungsi tertentu di dalam badan.
Kajian juga mengatakan fluorida bukan bahan bagi kesihatan yang diperlukan manusia. Dalam buku ‘Your Water & Your Health’, Dr Allan Banik (1990) memetik makalah daripada ‘The Milwankee Journal’, Selasa 8 Jun 1971 yang menyatakan:
Jangan memikir bahawa masalah penyakit anda itu anggapan sahaja. Ramai yang diberitahu oleh doktor-doktor mereka bahawa penyakit mereka adalah disebabkan urat saraf. Yang sebenarnya bahan kimia Fluorida boleh menyebabkan penyakit urat saraf dan yang lain seperti lesu, rasa sengal-sengal, penyakit buah pinggang, sembelit, muntah kerana lendir, pening, penyakit gusi, gelisah, keguguran rambut, penyakit kulit, penyakit perut, ulser mulut dan gangguan kebolehan melihat. Jika tanda-tanda penyakit itu hilang, anda boleh percaya bahan fluorida dalam air (dan bahan-bahan lain termasuk ubat gigi)lah yang menyebabkan masalah anda. Jenis air yang selamat ialah air suling.
Kajian juga telah dibuat oleh Dr. John Yiamouyiannis dari International Institue of Dental Research USA yang memeriksa seramai 40,000 orang kanak-kanak daripada 84 tempat di Amerika Syarikat. Beliau membuat kesimpulan seperti berikut: “tidak ada perbezaan yang signifikan (significant) dari segi kadar kerosakan gigi dikalangan kanak-kanak yang datang dari daerah yang dimasukkan fluorida di dalam airnya dengan kanak-kanak yang datang dari daerah yang tidak dimasukkan fluorida di dalam air mereka”.
Edward Griffin, dalam bukunya ‘World Without Cancer’, negara Jerman Barat mengharamkan pengfluoridaan airnya pada 4 Januari 1971, Sweden pada 18 November 1971, Mahkamah tinggi Netherland mengishtiharkan pengfluoridaan haram pada 22 Jun 1973.
“Ada yang tidak kena, kerana sementara agensi ‘Food & Drug Administration (FDA) berperang menentang pemakanan vitamin, laetrile dan kulit aprikot, mereka mengesahkan pengfluoridaan dalam air yang kita minum!”-Griffin.
Jom kita lihat apa yang dikatakan oleh sainstis ini:
1. Paavo Airola (1992) dalam bukunya “Every Woman Book”.
“fluoridation of public water supplies will one day be looked upon not only as quasi-scientific nonsense, but a flagarant crime against humanity”.
pengfluoridaan pembekalan air awam akan suatu hari nanti dipandang sebagai bukan sahaja satu sains-samaran yang dongeng, tetapi satu jenayah yang nyata menentang manusia.
2. Dr Allen Banik (1981) dalam bukunya “The Choice Is Clear”
Pemfluoridaan pembekalan air awam adalah satu jenayah yang tidak bertoleransi, tidak saintifik dan satu peperangan kimia. Nasib baik, penyulingan air boleh mengeluarkan fluorida yang membawa maut ini.
ALUMINIUM & BAHAN SISA FLOURIDA
Tahukan anda bahawa flourida adalah salah satu jenis (hasil) buangan daripada Company of America (ALCOA). Pengflouridaan air telahpun disokong kuat oleh syarikat ini bagi menyelesaikan masalah bahan-bahan sisa daripada industri aluminium, pembersihan minyak dan kilang baja tiruan fosfat. Di samping itu, terdapat pula beberapa pendapat bahawa penggunaan bekas aluminium untuk memasak boleh membahayakan kesihatan.
Apa kata Cyril Scott dalam bukunya ‘Health, Diet and Common Sense’:
Aluminium dalam bekas masak boleh bertindak balas dengan asid organik khasnya apabila garam (sodium Klorida) digunakan dalam masakan. Penyakit perut boleh terjadi akibat bekas Alumium.
Mark Bricklin dalam bukunya ‘Natural Healing’:
Paras aluminium dalam darah naik dua kali ganda jika anda makan ‘antacid’ mengandungi aluminium. Aluminium tersebut tersimpan dengan sendirinya di dalam organ termasuk otak, yang boleh menyebabkan kelemahan pemikiran. Beberapa ahli sains percaya bahawa aluminium dengan kuantiti yang tinggi dalam sel otak adalah penyebabkan ‘senility’ (lemah minda). Rujuk Gastroenterology 1979
Valentine's Day !!
Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam
oleh :
Mohd Hariri bin Haji Mohamad Daud (Panel Penulis Luar Jakim),
Majalah Cahaya keluaran Februari 2009.
Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.
Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.
Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )
Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.
Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.
Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).
Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.
Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :
1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.
Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.
Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.
Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.
Firman Allah SWT : 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' Surah al-Ghaafir: 39
Tarikh : 11 Februari 2009
Sumber : Pengarah Bahagian Penerbitan
Editor : PRO JAKIM