MeSsaGe BoArD
Assalamualaikum! Moga semua sihat sejahtera,dimurahkan rezeki! Ya Allah, bantu lah kami hamba²mu ini menghadapi saat² getir meniti hari di bumimu ini..Amin

sHoUt BoX




Monday, November 14, 2005

Ni Hari Raya ke Berapa Haaa…!

Assalamuailaikum Semua …. Cewah! rasa macam nak buat concert lak..Wei, hangpa tau ni la first time Pakcik Nini nak contribute kat blog kita nih! Tapi Pakcik rasa tak la slalu lepaih ni pasai Pakcik bukan slalu jengok tenet…

Hangpa kalau nak tau ,Raya grhetu ( pronoun betoi-betoi, hanya orang utara saja yang tau…) Pakcik punya la sedih, meleleh hinguih..( Pasai sema-sema ! ) Ya la, beraya di rantau……..X dak mak tok, taksama punya mcm raya kat Perlis..Tapi , Harith & Hana hepi sungguh, pasai depa dapat banyak duit raya & dapat main bunga api..Haa kalau nak tau, adik ipaq Pakcik berniaga jual mercun & bunga api, apalagi dpt stok freela…
Pakcik tumpang skaki main, Macam-macam ada.mercun, shok juga layan main bunga api & mercun…Nasib baik tak putus jari…he..he..he..!

Lepaih tu ada lagi cerita sedih ni, cepat siapkan saputangan!

Kami kat Seremban seminggu…..( Sila rujuk gambar2 raya yang di postkan oleh Asmah the gang. Silap! Tikah & the gang….Tq Tikah ! ) Tapi nak tau dak,, bila kami balik drp S’ban,apa dah jadi? Rumah dah kena masuk oleh pencuri la……Habih duit tabung Harith & Hana, Sian depa…( Kesian kat Pakcik sekalila…. ) Lepaih tu Makcik Liza kata barang kemas dia pun kena sapu…..Yang kata pencuri ni dia raya sakan, pasai habih satu row rumah kat situ dia masuk….lebih kurang 3 buah je…Cilanat punya orang…Tak pasai-pasai ja Pakcik kena pi balai…Lepaih tu kena repair pintu rumah & grill lagi….Kalau dapat tangkap…hee tak tau la….suruh dia nyanyi lagu Aduh Saleha,.Baru tau…….

Anyway, Pakcik rasa sampai sini dulu, salam sayang & rindu buat anak buah & adik beradik Pakcik semua…Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

P/S : Saturday 19 Nov 2005 ni, Jam 3.00 ptg onwards , Semua famili member dijemput ke rumah Pakcik, Open house dan Hari Jadi Harith…Bawak la present untuk Pakcik, eh bukan, untuk Harith no………

Bye…….

No comments:

Post a Comment