Assalamualaikum.
Laaa.. Ida baru perasan yang Ida tak accept invitation nak join blog ni. Patut la tak boleh sign in. Nasib baik e-mail invitation dulu tu Ida tak delete lagi.
Waahh.. lawa2 gambar. Don't worry Tikah, tak slow page ni. Kalau gambar kecik takpa kot. Dia jadi slow yang amat2 kalau letak gambar besar. Lawa le Kak Arni. Sedih je Ida takleh pi kenduri tu. Tapi takpa, at least boleh tengok gambar. Nanti rajin2 la post gambaq ye, Ida bila cuti nanti boleh la kot nak post gambaq ke apa, sebab kat komputer ni tadak software nak edit gambaq2 besaq.
Kenduri second round macam mana pulak? Ida tak tengok lagi gambaq. Semua orang tengah busy kot. Toksu Zah ngan Toksu Min pun tak balik Penang lagi. Aaiiii comelnya Tasya. Hari tu masa Ida balik Msia tak sempat pun jumpa Kak Yana and family.
Sekarang ni tengah minggu exam finals. Rabu ni last. Pastu winter break tiga minggu. Nak pi gathering student muslim Malaysia/Indonesia kat Maryland nanti. Esok ada kawan2 dari universiti lain nak mai lepak kat tempat Ida. Bestnya. Tak la sunyi sangat. Selalu bila time cuti kampus ni memang lengang la. Macam pekan mati.
OK la. Setakat ni dulu. Untuk Hani: eleehhh.. nak jadi Dato' dulu la konon. Apa2 pun your turn dulu aaaa.... Untuk Yati: nanti dah dapat result SPM ke, dapat offer gi mana2 ke... inform la Ida OK. Untuk Tikah: Sama jugak macam pesanan untuk Yati, cuma tukar SPM ngan PMR. And terima kasih sebab rajin update blog ni. Untuk Alia: Result UPSR dah tau... nanti pegi sekolah mana agaknya.. Untuk Kak Su: lamanya tak tau kabar berita. Nasib baik Kak Su ada kat Friendster. Untuk yang lain2 tu, Tirah, Ju, Icah, dll... Jaga diri baik-baik.
15 years ago
No comments:
Post a Comment